KLik-klik

Pages

Saturday, February 26, 2011

"Jom join Bloglist Pak Cek Biola.."

Assalamulaikum semua.............

Memandangkan aku da di tag oleh Cik ANA untuk join bloglist ni....
So, aku pon nak ajak korang sume join contest ni jugak....
Ape salahnye mencuba kan??
Walaupon Blog aku ni tak la gempak cam blog-blog orang lain....

sO, Cik Lyn rasa nak join KATEGORI "BLOGKU CHILL" la Pak Cek Biola....

Ape tunggu lagi korang...tak susah pon nak join contest ni...
Jom join ramai-ramai...Sape-sape yang berminat nak join boley check kat Blog Pak Cek Biola!!!

Nak tag:
1.Miss Bunga
2.Cik Anis
3.ErmerNor

Done!!!!!

Wednesday, February 16, 2011

Kisah Pengemis Yahudi dan Rasulullah SAW

As-salam readers....Semoga hari ini lebih baik dari semalam ye..Kalau ade yang tengah bersedih tu, or maybe sedang dilanda masalah, Cik Lyn doakan moga-moga segalanya akan dapat ditangani dengan baik. Ambil masa, tenangkan hati dan berdoa banyak-banyak. Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan hidup kita semua ok..Ingat ye, jangan ambil jalan singkat. Life must go on..So, Chill ye everybody....senyum.....^_^.




Semalam Cik Lyn janji nak share pasal budi pekerti Rasulullah kan??okey jom kita hayati kisah ni...


Pengemis Yahudi dan Rasullullah SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,

“Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu  pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya”.
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat(meninggal dunia).
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,
“Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”
“Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja”.
“Apakah Itu?”, tanya Abubakar RA.
“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana,” kata Aisyah RA..
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardikmengherdik....
“Siapakah kamu?!!
 Abubakar RA menjawab,”Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)”.
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, bantah si pengemis buta itu.
“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
“ Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,
“Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….”
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. 


Hebat kan pekerti nabi junjunagan kita ni??Kalau kita sendiri, orang da burukkan pasal kita, sure rasa nak marah je..Dan tak mungkin sanggup nak berbuat baik camni kan??So,jom kita sama-sama contohi pekerti baginda Rasulullah yang sungguh luarbiasa ini.

Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 RabiulAwal 1432 H. Salam MAULIDUR RASUL untuk semua....Tahukah anda apa itu MAulidur Rasul??Apakah tujuan sambutan Maulidur Rasul??Jom kita review serba sedikit tentang Maulidur Rasul ni...sambil tu enjoy ya with this selawat...


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) iaitu hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Kelahiran Nabi Pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal yang jatuh pada pada Isnin 12 RabiulAwal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputeraan Rasulullah SAW pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika pengisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Tujuan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. yang diadakan setiap tahun ialah untuk mengingati perjuangan baginda menyebar dan meninggikan syiar Islam. Dalam upacara seperti ini, ceramah-ceramah dan forum-forum diadakan untuk memberi pengetahuan kepada mereka yang tidak tahu mengenainya, memperingatkan mereka yang lupa untuk dijadikan teladan dan ikutan.

Segala yang berlaku ke atas Nabi s.a.w., para sahabat dan mereka yang terlibat boleh dijadikan contoh dan inspirasi umat Islam. Memang benar Rasulullah s.a.w. tidak mengadakan amalan berarak, berzanji ataupun nasyid seperti yang diadakan sekarang ini tetapi daripada pelbagai sumber yang boleh dijadikan sandaran, umat Islam digalakkan menyambut sesuatu peristiwa besar dalam Islam.


Okey...tu la serba sikit info yang aku boleh share dengan korang pasal sambutan Maulidur RAsul ni. Harap-harap korang dapatla sikit gambaran tentang Maulidur Rasul ni..Next entry, aku akan share pasal budi pekerti Nabi Muhammad SAW plak ye..Stay tune......hik3....^_^

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Thursday, February 3, 2011

CNY:Konsep Yin n Yang...........

Salam everybody......cheer up........Hari ni bangun pagi rasa bersemangat sikit. Sebab tido semalam aku tampal detox kat kaki..So,tido lena la semalam..Takdela liat nak bangun pagi..Aktiviti hari ni, tengok tv..Aku tengok ape agaknye ek??Act hari ni kan Chinese New Year, so da tentula aku tengok rancangan yang ade kena mengena dengan Tahun Baru Cina..Aku layan 'Feng Shui'...Act walaupon Feng Shui ni adalah amalan kaum Cina, tapi aku rasa dia memang relate la dengan psikologi kita..

Korang penah dengar tak, pasal 'Yin n Yang'??Haa..Mesti penah dengar kan..Masa sekolah dulu2 pon sure ade blaja kan pasal Yin n Yang..Ianya berkonsepkan keseimbangan. Masyarakat Cina percaya jika mengamalkan konsep Yin n Yang ini, boleh beri tuah kepada kehidupan.

Contohnya, pemilihan warna yang sesuai dalam sudut kediaman atau pejabat. Jika kita relatekn dengan psikologi, warna memang memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan mood-mood tertentu pada persekitaran kita. Dengan tona warna yang sesuai, boleh merangsang minda kita untuk melakukan sesuatu dengan lebih bersemangat.

So, kalau difikir-fikirkan balik, bila kita bersemangat bekerja, sudah tentu dapat menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Kerja yang berkualiti pasti akan mengundang lebih banyak projek-projek baru. Kalau keadaan ini berterusan memang tidak mustahil, kita boleh jadi orang kaya. So, amalan inilah yang dipegang oleh kaum Cina sehingga ramai kaum Cina yang berjaya dalam perniagaan mereka...Betul x??

Rabbit oh Rabbit....


Aiyakkkkk...Mataku yang sepet ini suda mau tutup ooo....Mengantuknye...Actually hari ni pon sangat liat nak bangun dari tido..Aishh...ape nak jadi ni Cik Lyn..Sebenarnya mood aku ni da masuk mood bercuti. Walaupun Tahun Baru Cina ni bukan untuk aku, tapi aku pon bersemangat jugak nak bercuti. Dengar radio sana sini da putar lagu CNY..waaaa...sonoknye rayer...tak saba plak nak tunggu Raya Puasa...

Malamni sume kaum Cina akan makan besar dengan family..Pastu esok dapat 'angpau' plak...Esh...Seronoknyee...Nak angpau jugak...ni yang jeles ni...Kat kampung aku ni takde plak yang berbangsa Cina. Kalau ade, boley jugak aku pi beraya...Ehehehehe....

By d way, CNY tahun ni bertemakan Arnab...What's so special about this Rabbit???Jom review sket....

Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya. 

Menurut pakar feng shui dari Good Feng Shui Geomantic Centre, Kenny Hoo, arnab melambangkan tuah dan membawa unsur kayu. Kayu secara simboliknya membawa maksud kekayaan, kemakmuran dan kesihatan.

Tiga elemen berkenaan, kata Kenny, mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan sayur-sayuran juga segala jenis buah-buahan.“Justeru, gantikan buluh atau hadiah yang lain dengan elemen tersebut. Anda juga digalak memakan lebih banyak buah-buahan selain membela arnab,” kata Kenny.

Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya. Masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan. 


Haa..tu la serba sedikit kisah pasal tahun arnab untuk Tahun Baru Cina ni….yang penting, mood aku nak bercuti sepuas-puasnye. Yey…Selamat Bercuti Semua….