KLik-klik

Pages

Thursday, February 3, 2011

Rabbit oh Rabbit....


Aiyakkkkk...Mataku yang sepet ini suda mau tutup ooo....Mengantuknye...Actually hari ni pon sangat liat nak bangun dari tido..Aishh...ape nak jadi ni Cik Lyn..Sebenarnya mood aku ni da masuk mood bercuti. Walaupun Tahun Baru Cina ni bukan untuk aku, tapi aku pon bersemangat jugak nak bercuti. Dengar radio sana sini da putar lagu CNY..waaaa...sonoknye rayer...tak saba plak nak tunggu Raya Puasa...

Malamni sume kaum Cina akan makan besar dengan family..Pastu esok dapat 'angpau' plak...Esh...Seronoknyee...Nak angpau jugak...ni yang jeles ni...Kat kampung aku ni takde plak yang berbangsa Cina. Kalau ade, boley jugak aku pi beraya...Ehehehehe....

By d way, CNY tahun ni bertemakan Arnab...What's so special about this Rabbit???Jom review sket....

Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya. 

Menurut pakar feng shui dari Good Feng Shui Geomantic Centre, Kenny Hoo, arnab melambangkan tuah dan membawa unsur kayu. Kayu secara simboliknya membawa maksud kekayaan, kemakmuran dan kesihatan.

Tiga elemen berkenaan, kata Kenny, mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan sayur-sayuran juga segala jenis buah-buahan.“Justeru, gantikan buluh atau hadiah yang lain dengan elemen tersebut. Anda juga digalak memakan lebih banyak buah-buahan selain membela arnab,” kata Kenny.

Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya. Masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan. 


Haa..tu la serba sedikit kisah pasal tahun arnab untuk Tahun Baru Cina ni….yang penting, mood aku nak bercuti sepuas-puasnye. Yey…Selamat Bercuti Semua….

No comments: