KLik-klik

Pages

Saturday, March 12, 2011

Gempa Bumi di Jepun????


Assalammualaikum semua..wahh..lamanye rasa tak update blog ni..Isk..isk..Busy kerja.Sekarangni, balik kerja je, lepas mandi, solat , makan, aku memang tak de nak mengadap laptop da.Lepak depan TV konon-konon nak layan TV la kan. Last-last aku layan mimpi je. Hehehe. Penat. Banyak je benda nak cerita, tapi semuanya dalam mimpi jela. Nak menaip punyela malas. Entry kali ni, seperti title yang korang tengok tu la. nak update pasal kisah yang menggemparkan dunia ini.(Bukan Tsunami kat Malaysia nih ye...)



Sungguh tak disangka. Hal ni mengingatkan aku tragedi December 2004. Korang tau tak tarikh ape tu??Ha..Kejadian Tsunami yang melanda Malaysia. Ni memang serius menggemparkan seluruh penduduk Malaysia. Alhamdulillah, aku masih bernyawa sehingga sekarang. Ape yang melanda penduduk Jepun kini, pastinya sama macam ape yang kita pernah lalui dahulu. Jom review acticle di bawah.


TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.


Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.(petikan dari Berita Harian)


Apepon ini semua peringatan daripada Allah. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari segala kejadian yang berlaku. Aku mendoakan kesejahteraan para pelajar Malaysia dan seluruh penduduk Jepun. Semoga segalanya akan berakhir. Aminn...

No comments: