Skip to main content

Sambutan Maulidur Rasul

15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 RabiulAwal 1432 H. Salam MAULIDUR RASUL untuk semua....Tahukah anda apa itu MAulidur Rasul??Apakah tujuan sambutan Maulidur Rasul??Jom kita review serba sedikit tentang Maulidur Rasul ni...sambil tu enjoy ya with this selawat...


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) iaitu hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Kelahiran Nabi Pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal yang jatuh pada pada Isnin 12 RabiulAwal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputeraan Rasulullah SAW pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika pengisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Tujuan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. yang diadakan setiap tahun ialah untuk mengingati perjuangan baginda menyebar dan meninggikan syiar Islam. Dalam upacara seperti ini, ceramah-ceramah dan forum-forum diadakan untuk memberi pengetahuan kepada mereka yang tidak tahu mengenainya, memperingatkan mereka yang lupa untuk dijadikan teladan dan ikutan.

Segala yang berlaku ke atas Nabi s.a.w., para sahabat dan mereka yang terlibat boleh dijadikan contoh dan inspirasi umat Islam. Memang benar Rasulullah s.a.w. tidak mengadakan amalan berarak, berzanji ataupun nasyid seperti yang diadakan sekarang ini tetapi daripada pelbagai sumber yang boleh dijadikan sandaran, umat Islam digalakkan menyambut sesuatu peristiwa besar dalam Islam.


Okey...tu la serba sikit info yang aku boleh share dengan korang pasal sambutan Maulidur RAsul ni. Harap-harap korang dapatla sikit gambaran tentang Maulidur Rasul ni..Next entry, aku akan share pasal budi pekerti Nabi Muhammad SAW plak ye..Stay tune......hik3....^_^

Comments

Cik Lyn said…
Hai DeLan...Salam Maulidur Rasul....

Popular posts from this blog

"Jom join Bloglist Pak Cek Biola.."

Assalamulaikum semua............. Memandangkan aku da di tag oleh  Cik ANA  untuk join bloglist ni.... So, aku pon nak ajak korang sume join contest ni jugak.... Ape salahnye mencuba kan?? Walaupon Blog aku ni tak la gempak cam blog-blog orang lain.... sO, Cik Lyn rasa nak join KATEGORI "BLOGKU CHILL" la Pak Cek Biola.... Ape tunggu lagi korang...tak susah pon nak join contest ni... Jom join ramai-ramai...Sape-sape yang berminat nak join boley check kat  Blog Pak Cek Biola !!! Nak tag: 1. Miss Bunga 2. Cik Anis 3. ErmerNor Done!!!!!

Jom Join Bloglist Cik Scha!!!

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA,... Pagi-pagi blogwalking kat page KK aka Hafeez , Cik Lyn ternampak post entry pasal Boglist ni...Very d simple die pny syarat penyertaan..Kire rugi la kalau korang tak join...ehehheehe.... 1st Letak Banner cam kt bawah ni... 2nd Wajib ade sentence nie.. " Saya Bertuah Jadi Followers Cik Scha "...   3rd Post  la entry korang tu... 4rd Post LINK entry korang kat page Scha ni...(simple kan???) " Saya Bertuah Jadi Followers Cik Scha" TARIKH TUTUP :  17 April 2011 (11:59:59 MALAM) (join cepat-cepat k).. Nak tau lebih lanjut, klik saje pada banner di atas tu ye.... Done =P

Why God Made Teachers ~

(By Kevin William Huff) When God created teachers, He gave us special friends To help us understand His world And truly comprehend The beauty and the wonder Of everything we see, And become a better person With each discovery.  When God created teachers, He gave us special guides To show us ways in which to grow So we can all decide How to live and how to do What's right instead of wrong, To lead us so that we can lead And learn how to be strong.  Why God created teachers, In His wisdom and His grace, Was to help us learn to make our world A better, wiser place.  TQ TEACHERS AROUND D WORLD......... SPECIAL THANKS TO ALL MY TEACHERS AT TABIKA KEMAS , SKSB , SEK.AGAMA RAKYAT BESOUT2 ,  SMKFB , KTT , UPM & etc ..